Office Utama

Saturday, August 20, 2011

Only RM58 for new coloured hair! Cheapest ever! Check out #M9Hair #MilkADeal

Only RM58 for new coloured hair! Cheapest ever! Check out #M9Hair #MilkADeal

You've got to have this. It's an iBag. A bargain at RM139 by #MobileElement & #MilkADeal

You've got to have this. It's an iBag. A bargain at RM139 by #MobileElement & #MilkADeal

Buy 2 #HotlinkRamadhanHotTiket & u’ll be noming KFC for free!

Buy 2 #HotlinkRamadhanHotTiket & u’ll be noming KFC for free!

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Kanta sentuh gaya 3D


HARI ini kebanyakan pengguna Malaysia yang bercermin mata mulai sedar mengenai kebaikan memakai kanta sentuh. Ini kerana pemakaian kanta sentuh dianggap sebagai satu bentuk kebebasan dan lebih berkuasa kerana membolehkan seseorang itu bebas melakukan sebarang aktiviti dengan lebih baik tanpa sebarang halangan.
Malah, satu kajian yang dijalankan sebuah syarikat pengeluar kanta sentuh baru-baru ini menunjukkan enam daripada 10 pemakai cermin mata kini mempertimbangkan untuk menggunakan kanta sentuh. 
Bagaimanapun, berdasarkan kajian yang sama, mereka yang memakai cermin mata sepenuhnya adalah kumpulan teramai iaitu 57 peratus, 38 peratus menggunakan kedua-duanya iaitu cermin mata dan kanta sentuh dan hanya lima peratus menggunakan kanta sentuh. 

Kajian juga menunjukkan perkara membimbangkan bagi mereka yang langsung tidak menggunakan kanta sentuh adalah kerana takut dan tidak selesa.


Memenuhi kehendak ramai yang inginkan kanta sentuh lebih lembut dan nipis sehingga tidak terasa berada di dalam mata, Acuvue melancarkan kanta sentuh dua minggu sekali iaitu Acuvue Advance Plus dengan Hydraclear. Ia memberikan keselesaan mata yang optimum terutama bagi mereka yang baru kali pertama menggunakannya.


Menurut Pengurus Besar Johnson & Johnson Vision Care Asia Tenggara, Stanford Guo, pengguna di rantau ini mulai sedar kebaikan menggunakan kanta sentuh dan sebahagian besarnya mempertimbangkan untuk menggunakannya. 

“Dengan perkembangan teknologi dan permintaan pengguna, kanta sentuh yang mula diperkenalkan Leonardo Da Vinci pada 1508 melalui pelbagai evolusi. Daripada kanta berkaca keras dan boleh dipakai beberapa jam saja, ia berubah kepada kanta lembut, licin, selesa dan boleh dipakai sepanjang hari,” katanya. 

Kanta sentuh dua minggu berkenaan direka khusus untuk mengatasi kegusaran bagi pengguna kali pertama. Kanta ini mempunyai ciri 3D selesa yang mengoptimumkan keselesaan dalam tiga dimensi bagi pengguna baru pada hari pertama hingga 14 dan sepanjang hari. 

Selain 3D selesa, kanta sentuh ini membolehkan mata bernafas dan memberi perlindungan ultraungu (UV) serta-merta. Ia diperbuat daripada hydrogel silikon yang telap oksigen dan membolehkan 96 peratus oksigen sampai ke permukaan mata. 

Memandangkan dedahan jangka panjang terhadap sinar UV yang menjadi faktor kepada risiko katarak, kanta sentuh itu mempunyai perlindungan UV paling tinggi iaitu menghalang sekurang-kurangnya 90 peratus sinaran UVA dan 99 peratus sinaran UVB untuk melindungi pancaran berbahaya ke kornea mata. 

Hadir dalam warna biru jelas, ia mempunyai tanda dalam dan luar supaya pengguna mudah melihat di dalam tempat simpanan kanta dan memasukkan ke dalam mata dengan betul setiap kali meng�gunakannya. 

Kanta sentuh itu kini boleh didapati hanya menerusi preskripsi di semua kedai optikal seluruh Malaysia. Setiap pek tiga atau enam pasang kanta sentuh dijual pada harga RM69.


Friday, August 19, 2011

Bayar Zakat Guna SMS


PELANGGAN beragama Islam Maxis Berhad (Maxis), di Selangor, Melaka, Sabah, Kedah, Perlis, Pahang dan Terengganu akan menikmati kemudahan untuk membayar zakat fitrah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS hasil perkhidmatan mZakat yang ditawarkan syarikat terbabit.

Dengan perkhidmatan mZakat, pelanggan boleh memenuhi tuntutan agama mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Perkhidmatan mZakat Maxis terbuka kepada pelanggan prabayar dan juga pascabayar.
Jumlah pembayaran zakat fitrah akan dicaj kepada bil telefon para pelanggan pascabayar atau ditolak dari baki prabayar pelanggan.

Perkhidmatan berkenaan amat mudah untuk digunakan.

Pelanggan boleh membuat pembayaran dengan hanya menaip “FITRAH (nama negeri)" dan menghantar SMS tersebut kepada 22032.

Mereka kemudian perlu membekalkan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan bilangan orang yang zakat fitrahnya ditanggung
Selepas itu, mereka akan menerima SMS mengenai jumlah yang perlu dibayar yang mana jumlahnya perlu disahkan sebelum sebarang caj boleh dikenakan kepada pengguna.

Kesemua SMS yang dihantar mahupun diterima oleh pelanggan Maxis untuk perkhidmatan mZakat ini adalah percuma dan tidak dikenakan caj.

Tambahan lagi, perkhidmatan pencetakan resit secara dalam talian juga boleh didapati daripada portal Maxis, supaya pelanggan boleh mencetak resit untuk melakukan tuntutan rebat cukai.

Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah berkata, pihaknya gembira dapat menawarkan kemudahan tersebut kepada pelanggan beragama Islam
‘‘Ini merupakan suatu penyelesaian yang efektif kepada masalah ketiadaan masa untuk melawat kaunter-kaunter zakat fitrah atau kepada sesiapa yang ingin membuat pembayaran pada saat-saat terakhir.
‘‘Ia juga amat berguna kepada golongan yang mengalami kesukaran untuk ke kaunter-kaunter zakat kerana komitmen kerja, dan juga golongan komuniti kurang upaya. ,’’ kata beliau.

Tony Fernandes Pemilik Baru Kelab Bola QPR

( Tan Sri Tony Fernandes )

Pemilik AirAsia dan anggota Lembaga Pengarah Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tony Fernandes kini sah pemilik baru kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR).

Berita mengenai pembelian saham majoriti kelab tersebut oleh Fernandes telah mendapat liputan meluas boleh dikatakan semua media utama Britain.

Beliau telah membeli kesemua 66 peratus saham yang dipegang oleh supremo Formula One, Bernie Ecclestone di dalam kelab tersebut.

Jumlah pembelian tersebut dianggarkan bernilai £35 juta – hampir sama banyak dengan nilai yang dibayar oleh Manchester City untuk memperolehi khidmat pemain prolifik Argentina, Sergio Aguero.

Pelaburan yang dibuat oleh Tony Fernandes, 47, dikatakan menyamai jumlah wang yang dikeluarkan oleh Ecclestone dan seorang lagi rakan kongsinya, Flavio Briatore ke atas QPR sejak mereka mengambil alih kelab tersebut pada tahun 2007.
“Adalah menjadi impian saya untuk melibatkan diri dalam dunia pengurusan bolasepak dan peluang untuk memiliki sebuah kelab bolasepak di London adalah terlalu baik untuk diketepikan begitu sahaja,” kata Fernandes.

Pejabat baharu Apple seperti piring terbang

( BENTUK pejabat baharu syarikat Apple di Cupertino, California )

CUPERTINO, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa lakaran gambar pejabat baharu syarikat Apple yang mengeluarkan komputer iPad dan telefon bimbit iPhone didedahkan kelmarin.
Pejabat baharu penyelidikan dan pembangunan itu dibina menyerupai sebuah piring terbang.
Foto kampus itu yang bakal dibina di sini didedahkan oleh arkitek Britain, Norman Foster dalam satu mesyuarat majlis perbandaran sebelum ia tersebar di Internet.
Kampus berkenaan yang digelar AppleSaucer, terdiri daripada sebuah bangunan pejabat serta pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di tapak seluas 260,000 meter persegi.
Ia merupakan bangunan kaca empat tingkat berbentuk bujur dan berkonsepkan mesra alam yang mengelilingi sebuah taman dan boleh menempatkan 13,000 kakitangan Apple.
Antara kemudahan yang bakal dibina termasuk sebuah auditorium korporat berkapasiti 1,000 tempat duduk, pusat kecergasan, loji janakuasa mesra alam dan tempat letak kereta.
Syarikat Apple diasaskan oleh Steve Jobs yang merupakan antara bilionair di dunia.



PlayStation 3 turun harga


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Syarikat Sony Corp. menurunkan harga konsol permainan video PlayStation 3 keluarannya sebanyak AS$50 (RM148.80) dalam usaha untuk meningkatkan permintaan terhadap mesin permainan itu.
Konsol permainan tersebut kini dijual pada harga AS$249 (RM741), turun 17 peratus berbanding AS$299 (RM890).
Kali terakhir Sony merendahkan harga PlayStation 3 ialah pada 2009 apabila ia melancarkan konsol permainan video itu yang lebih ringan dan nipis.
Pengumuman penurunan harga di seluruh dunia itu dibuat kelmarin kurang sebulan selepas pesaing Sony, Nintendo Co. memotong harga konsol permainan video tangan, Nintendo 3DS.
Pemotongan harga itu diharapkan dapat meningkatkan jualan PlayStation 3 seperti yang berlaku pada 2009.
"Bukan lagi satu rahsia bahawa PlayStation 3 sukar menyaingi konsol permainan video Xbox 360 di rantau Amerika Utara walaupun jualannya lebih baik di Eropah," kata seorang penganalisis, Jesse Divnich.


Rakam gambar kapal angkasa

( GAMBAR kapal angkasa Atlantis melintasi matahari yang berjaya dirakamkan Thierry Legault )

EMDEN, Jerman - Seorang jurutera berusia 49 tahun dari Perancis, Thierry Legault berjaya merakamkan gambar kapal angkasa Atlantis milik Amerika Syarikat (AS) melintasi matahari dari belakang rumahnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dia merakamkan gambar itu pada 21 Julai lalu 20 minit sebelum kapal angkasa tersebut memasuki atmosfera Bumi selepas berlepas dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

Jurutera itu merakamkan gambar tersebut dengan menggunakan sebuah kamera yang diletakkan pada sebuah teleskop yang mengandungi penapis solar bagi menghalang cahaya matahari merosakkan peralatannya itu di belakang rumahnya dekat Emden, Jerman.
( THIERRY LEGAULT bersama peralatan kameranya )

Dia berjaya merakamkan gambar itu tanpa menggunakan peralatan kamera dan teleskop yang bernilai berjuta-juta dolar semasa kapal angkasa tersebut bergerak selaju 7.8 kilometer satu saat.

Rusia mahu bina hotel angkasa lepas

( Gambaran artis tentang hotel angkasa lepas yang dirancang dibina oleh Orbital Technologies menjelang 2016 )

MOSCOW 17 Ogos – Rusia kini mengorak langkah lebih jauh untuk menakluk Bima Sakti dan mendirikan hotel di angkasa lepas.

Sebuah syarikat Rusia, Orbital Technologies, mendedahkan perkara itu di Moscow minggu ini tentang rancangan untuk membawa pelancong kaya ke tempat yang mereka tidak pernah pergi sebelum ini.

Harga penginapan selama lima hari di hotel angkasa lepas itu dijangka antara 100,000 pound (RM489,618) dan 250,000 pound (RM1.2 juta), tidak termasuk kos pengangkutan yang dianggarkan 477,393 pound (RM2.3 juta).
Ketua Eksekutif Orbital Technologies, Sergei Kostenko berkata, hotel itu yang akan dikenali sebagai Stesen Angkasa Lepas Komersial (CSS) akan dibuka pada 2016 dan jauh lebih selesa berbanding Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Menurutnya, CSS yang mempunyai keluasan 215 meter persegi dengan empat kabin boleh menempatkan tujuh orang.

“CSS akan dibina 1,136 kilometer dari atas bumi dan pengunjung juga boleh melihat keajaiban angkasa lepas dan bumi melalui cermin besar yang disediakan.

“Akses untuk ke hotel itu akan menggunakan roket Soyuz Rusia,” ujarnya.



Rusia Pamerkan Kehebatan Jet Pejuang Terbaru


Julung kalinya Rusia mula menunjukkan jet pejuang stealth terbaru pada pertunjukan udara (Airshow and Aviasalon, Zhukovsky, Moscow) MAKS 2011 di Moscow.

Menurut sumber media RIA Novosti, jet pejuang Sukhoi T-50 ini dibangunkan hasil kerjasama di antara Rusia dan India sejak tiga tahun lalu.

Ketua Turus Angkatan Tentera Rusia, Jeneral Alexander Zelin melaporkan prototaip T-50 ini akan siap pada pertengahan tahun 2013 dan akan dikeluarkan secara rasmi kepada pihak tentera Rusia pada 2014-2015.
Zelin juga mengesahkan Sukhoi T-50 akan menjadi jet pejuang utama bagi tentera udara kerajaan Rusia dan India.

Sumber juga melaporkan perbelanjaan membangunkan jet pejuang ini hampir menelan belanja USD 6 bilion bagi kedua-dua negara dimana kerajaan India menanggung 35 peratus kos pembangunan.

Sukhoi T-50 'stealth' ini merupakan jawapan dan pesaing utama jet pejuang keluaran Amerika Syarikat, F-22 Raptor 


Tuesday, August 16, 2011

Makanan Yang Membantu Menjauhkan Kanser

Kaktus
Dalam penyelidikan kanser, ahli sains mendapati bahawa ekstrak kaktus meningkatkan mekanisme sel imun dengan membantu tindakbalas hipersensitiviti yang mana sebelumnya terdapat penyekatan fungis imun. Kaktus juga dilihat mampu mengurangkan paras kolesterol dan meinigkatkan metabolisme lipoprotein berketumpatan rendah. Ahli sains juga mengetahui bahawa kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus. Jesteru, ia membekalkan mineral yang membina tulang, sendi dan tisu perantara yang kuat.

Buah Kaktus
Buah yang mengambil masa sehingga empat tahun untuk membesar dan ranum tetapi berbaloi krana buah kaktus kaua dengan antioksida dan fitonutrien yang menjadikan tubuh badan sihat, luar dan dalam. Menurut kajian, kaktus dan buahnya memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun badan. Khasiat dan antioksida yang ditemui pada pelbagai tumbuhan makanan seperti buah kaktus mungkin dapat membantu menghindari kerosakan DNA, membantu penyembuhan luka dan merangsangkan aktiviti fagosit, selain menjadikan tekstur dan rupa kulit bertambah baik.

Beri Ginseng
Beri Ginseng mengandungi sari ginseng yang memelihara biji benih yang bakal menjadi baka tumbuhan itu. Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk membesar sebelum buah beri ranum dan sedia untuk dipetik. Hasil penyelidikan menunjukkan ekstrak beri ginseng yang unik itu membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada anasir alam sekitar dan akibat tekanan aktiviti semula jadi tubuh. Juga kaya dengan antioksida sehingga 1.4 kali ganda lebih banyak dariapada vitamin C. Apabila dimakan, antioksida beri ginseng boleh melenyapkan sistem pertahanan antioksida badan dengan ketara.

Tranformasi KL Gangster GTA...

Aku terjumpa satu iklan video KL Gangster memang kelakar tol....Hasil kutipan cerite asal KL Gangster nh yg diarah oleh Syamsul Yusof berjumlah RM 12 juta telah berjaya mentranformasikan cerita Malaysia untuk tontonan penonton..Kecanggihan teknologi kini juga telah berjaya mengubahsuai video iklan filem ini..

jom tengok..hahaha


Monday, August 15, 2011

Mentega Golden Churn Pure Creamery Butter Tidak Halal

 






Orang Islam di negara ini diingatkan agar tidak menggunakan mentega berjenama Golden Churn Pure Creamery Butter selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan produk berkenaan tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, hasil perbincangan pihaknya dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan memutuskan bahawa produk keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY dari New Zealand itu tidak halal.

"Ini berikutan laporan analisis yang diterima oleh Jabatan Agama Islam Sarawak pada 19 Julai lalu menunjukkan terdapat Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan dan ia disahkan oleh JKM sendiri.

"Keputusan ini diambil setelah mendapati produk yang terlibat, berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport oleh pihak yang berbeza dan juga diedarkan di pasaran yang berbeza," katanya.

Menurut beliau, keputusan itu telah dimaklumkan kepada syarikat tersebut dan mereka bersetuju untuk menarik balik produk berkenaan dari pasaran.

Katanya, bagi pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal daripada Jakim ataupun jabatan agama Islam negeri pula yang telah menggunakan produk tersebut, diminta untuk melakukan beberapa proses tertentu.
"Pertama, mereka perlu menukarkan bahan ramuan tersebut kepada bahan ramuan lain yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf.

"Kedua, mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru dan melakukan samak dengan disaksikan oleh jabatan agama Islam negeri.

"Akhir sekali pihak berkenaan perlu mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak jabatan agama Islam negeri," katanya.

Tambahnya, pihaknya sentiasa prihatin dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara dalam isu-isu berkaitan dengan halal dan tidak akan bertolak ansur mengenai hal itu.

"Bagi mengelak sebarang kekeliruan berkaitan isu-isu halal, orang ramai diminta merujuk kepada laman web Jakim iaitu www.islam.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih seperti laman web sosial," katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai status halal boleh menghubungi Bahagian Hab Halal, Jakim di talian 03-83150200.


Mercedes Biaya Tangan Bionik

( MATTHEW James mempamerkan tangan bionik yang dibiayai oleh Mercedes-Benz dan merupakan tangan palsu paling canggih pernah dibina di dunia )

LONDON 15 Ogos – Bagi kebanyakan remaja, memiliki kereta Mercedes-Benz adalah impian mereka, tetapi berlainan pula dengan seorang remaja kelainan upaya, Matthew James yang mempunyai cita-cita lebih spesifik.
James, 14, yang tinggal di Wokingham, Berkshire dan merupakan peminat Formula One mahu supaya syarikat kereta itu membantunya mendapatkan satu tangan bionik baru.

Dia yang dilahirkan tanpa tangan kiri telah menulis surat kepada ketua pasukan F1 Mercedes GP Petronas, Ross Brawn untuk meminta wang berjumlah 35,000 pound (RM170,088) bagi mendapatkan tangan palsu paling canggih.
Sebagai balasannya, dia menawarkan untuk meletakkan logo Mercedes-Benz, sama seperti di kereta F1 pada tangan palsunya itu nanti.

Syarikat itu tersentuh dengan surat Metthew dan bersetuju membantunya mendapatkan dana yang diperlukan.
Mercedes-Benz bersetuju membiayai yuran pemasangan tangan palsu itu dan latihan menggunakannya di ibu pejabat Touch Bionics di Livingston, Scotland yang bernilai 25,000 pound (RM121,491).

Syarikat itu turut membantunya mendapatkan baki 10,000 pound (RM48,596) lagi untuk mendapatkan tangan palsu itu dengan meminta derma kepada peminat dan mendapatkan penaja.

Mercedes-Benz bekerjasama dengan pakar tangan palsu, Touch Bionics untuk mencipta i-LIMB Pulse, tangan palsu dari jenisnya yang paling canggih di dunia.

Tangan palsu itu mempunyai banyak kemampuan, antaranya boleh menulis, melukis gambar, mengikat tali kasut dan menangkap bola.
“Ia sangat menakjubkan. Tangan palsu lama saya hanya boleh membuat perkara asas iaitu buka dan tutup sahaja.

“Namun tangan ini boleh melakukan banyak perkara dan kelihatan sangat hebat. Mereka juga meletakkan logo kecil Mercedes-Benz pada pergelangan tangan palsu ini,” katanya selepas menggunakan tangan palsu itu Jumaat lalu.




Sunday, August 14, 2011

China Punca Badak Pupus


BEIJING - Kegiatan pemburuan haram gajah dan badak di Afrika serta Asia berpunca daripada pertumbuhan pesat ekonomi China, menurut kajian perdagangan gading haiwan itu. 

Kajian itu mendapati, jumlah gading yang kebanyakannya dijual di pasaran gelap di selatan China meningkat lebih dua kali ganda sejak 2004. 

Berdasarkan kajian itu, penyelidik menuntut kerajaan China mengetatkan peraturan terhadap kegiatan perdagangan gading kerana ia dapat membantu mengurangkan bilangan gajah dibunuh secara haram. 

Badan pemerhati Traffic pula melaporkan sebanyak 333 badak sumbu dibunuh di Afrika Selatan, tahun lalu dan lebih 20 rompakan di muzium seluruh Eropah sejak beberapa tahun ini.



Lee Chong Wei terus kempunan kejuaraan dunia

( Lee Chong Wei )

"KEKALAHAN ini memang perit, tetapi saya sudah mencuba sedaya upaya, mungkin nasib tidak menyebelahi saya," kata jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang berlinangan air mata sejurus tunduk kepada musuh tradisi, Lin Dan pada final Kejohanan Dunia di Arena Wembley, semalam.

Kekecewaan pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu memang perit kerana dia hanya dipisahkan satu mata daripada kejuaraan pertamanya tetapi kegagalan mematikan bulu tangkis Walaupun mendahului dua kali 20-19 dan 21-20 pada set penentuan menyaksikan impian besarnya itu lebur.
"Lin Dan memang seorang pemain yang berani mengambil risiko ketika berdepan detik genting apabila dia terus mengasak menyebabkan saya tertekan dan melakukan kesilapan.

"Walaupun kecewa tetapi kekalahan ini belum mematikan semangat saya untuk cuba memenangi kejuaraan berprestij ini. Jadi, saya akan cuba memenanginya pada penampilan terakhir 2013 nanti," katanya yang tampil beraksi dalam final pertamanya selepas gagal dalam lima percubaan sebelum ini. 

Aksi kedua-dua pemain itu jelas menepati pertembungan final impian dengan permainan bermutu dan mendebarkan selama 86 minit sebelum Lin Dan keluar sebagai pemenang 22-20, 14-21, 21-23.

Chong Wei selepas itu terus mengalami kekejangan otot dan terpaksa mendapatkan rawatan kerana final itu disifatkan paling sengit dalam 25 pertemuan kedua-dua jaguh itu sejak 2004. 

Rumah paling mahal di Britain

( RUMAH yang pernah didiami anak George II, Frederick dijual pada harga RM684 juta )

OXFORD - Sebuah rumah lama di Britain dipercayai telah dijual kepada seorang hartawan dari Rusia dengan harga kira-kira £140 juta (RM684 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Rumah Park Place yang berusia 300 tahun itu terletak di kawasan luar bandar berkeluasan 80.93 hektar di Oxfordshire.
Harga itu mengatasi rumah paling mahal di Britain sebelum ini iaitu £136 juta (RM664 juta) yang dijual di One Hyde Park, Knightsbridge, tengah London, awal tahun ini.
Terdapat sejarah unik mengenai rumah itu kerana ia pernah didiami oleh anakanda lelaki sulung George II yang pernah memerintah England.
Anak lelaki George II itu, Frederick (gambar) memegang gelaran Putera Wales.
Namun, baginda mangkat semasa berusia 44 tahun sebelum sempat menjadi Raja England.
Rumah itu kemudian dijual oleh balu Frederick, Augusta kepada seorang pegawai tentera England yang dikenali sebagai Jeneral Conway.



Treler mewah milik Kutcher untuk disewa


( TRELER mewah yang dimiliki Ashton Kutcher )

LOS ANGELES - Aktor terkenal, Ashton Kutcher mempunyai kediaman mewah di dalam sebuah treler yang disewakan untuk para selebriti, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini isteri Kutcher, Demi Moore pernah menggunakan treler dua tingkat itu yang memiliki ukuran panjangnya 16 meter (m) dan seberat 30 tan.
Treler itu mempunyai teknologi hidraulik bagi menampung ruang skrin wayang tiga dimensi, ruang tamu yang luas dan dua bilik mandi.
Ia juga mempunyai dapur yang mempunyai hiasan granit dan ruang persidangan.
( Ashton Kutcher )
Di luar treler itu, terdapat kamera keselamatan dan apabila loceng pintu dibunyikan, bunyi sistem stereo dan televisyen akan tergendala.
Televisyen di dalam treler itu akan menyiarkan imej individu yang menekan loceng tersebut.
Sistem imbasan ibu jari tangan turut dipasang di pintu masuk ke bilik tidur utama.
Selebriti lain yang pernah menggunakan treler rekaan Ron Anderson dari firma Anderson Mobile Estates itu ialah Mariah Carey, Sharon Stone dan Vin Diesel.
Bayaran AS$8,750 (RM26,263) dikenakan kepada pelanggan yang mahu mendiami treler tersebut selama seminggu.