Office Utama

Tuesday, August 30, 2011

Ramai percaya AS rancang 11/9


( PUSAT Dagangan Dunia New York yang menjadi sasaran serangan 11 September 2001 )

LONDON: Satu dalam tujuh orang percaya Kerajaan Amerika Syarikat terbabit dalam merancang serangan 11 September 2001.


Orang muda lebih percaya ada teori konspirasi dalam kejadian itu yang mengorbankan kira-kira 3,000 orang.
Satu kaji selidik yang mewancara 1,000 orang di Britain dan jumlah yang sama di Amerika Syarikat mendapati 14 peratus rakyat Britain dan 15 peratus rakyat Amerika percaya kerajaan Amerika yang dahulu, terlibat dalam tragedi itu.

Mereka ditanya: “Secara amnya, umum menerima yang serangan itu dilakukan oleh Al-Qaeda. Tetapi segelintir orang menyarankan ada konspirasi besar yang melibatkan kerajaan Amerika. Adakah anda sendiri, percaya yang konspirasi ini wujud, ya atau tidak?


Golongan muda, seperempat (24 peratus) dalam lingkungan 16 dan 24 tahun, lebih percaya dengan teori yang mengatakan terdapat konspirasi ini.


Lebih dua pertiga daripada yang disoal, 68 peratus, berkata mereka tidak percaya ada konspirasi.

Kaji selidik itu telah dilakukan untuk dokumentari Badan Penyiaran Britain yang menyelidik kenapa ramai orang percaya terdapat perkara yang disembunyikan di sebalik serangan tersebut.

Kaji selidik itu dijalankan oleh Gfk NOP sebagai sebahagian daripada program BBC Two - The Conspiracy Files - Ten Years On (Fail Konspirasi - Sepuluh Tahun Berlalu).

Kaji selidik itu dilakukan bulan lalu melalui telefon di Britain dan Amerika Syarikat.

Hos Radio dan aktor Amerika, Alex Jones adalah antara orang terkenal yang menyokong teori konspirasi ini.

Radio 2 BBC merakamkan kata-kata beliau: “Syarikat swasta, korporat, rangkaian dunia yang bekerja di Amerika Syarikat, Britain, perisikan Israel, semuanya terlibat. Tetapi pemacu utamanya adalah rangkaian penyangak yang duduk dalam krajaan Amerika Syarikat.”

“Kerajaan mengaku pernah sengaja melakukan huru hara sebelum ini. Cerita rasmi mereka tidak masuk akal.”

Pandangannya diterima pakai walaupun terdapat beberapa sesi soal siasat yang tidak memberi bukti tentang dakwaan konspirasi itu. 

Kereta berusia 107 tahun masih berfungsi

( BRIAN CASELEY (kanan) memandu kereta berusia 107 tahun di Sherborne, Britain baru-baru ini )

Britain – Sebuah kereta dua tempat duduk yang dibina pada 1904 masih boleh bergerak dan didakwa tidak pernah mengalami kerosakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kereta model Wolseley 6 itu dibeli oleh Brian Caseley, 65, pada 2004 daripada seorang rakannya yang merupakan pengumpul kereta vintaj.
Namun, harga kereta itu tidak didedahkan kepada media.
Kereta tersebut mempunyai kelajuan maksimum 46.67 kilometer sejam.
Namun, jumlah jarak pergerakan kereta itu tidak diketahui kerana ia tidak dilengkapi dengan meter perbatuan.
Isteri Brian, Pat, 63, berkata, kereta itu tidak pernah mengalami kerosakan dan masih berada dalam keadaan elok seperti ia baharu dikeluarkan.
“Kereta itu menggunakan 3.78 liter petrol untuk perjalanan di antara 48.28 kilometer hingga 64.37 kilometer dan ia lebih efisen daripada kebanyakan kereta pada hari ini,” katannya.
Pemilik pertama kereta itu ialah E. H. Greenly dari Titley Court, Herefordshire yang memilikinya pada 1905. 

Sunday, August 28, 2011

Hotel Helix Abu Dhabi menajubkan dan Spektakuler di Dhubai



Sebelumnya, saya tidak pernah membayangkan bakal menyukai arsitektur. Kegemaran ini terjadi karena kesukaan saya menjalani aktivitas blog. Dan saya menemukan berbagai gedung-gedung spektakuler di dunia. Namun bagi para arsitektur sebenarnya, mereka memahami ruh dari setiap gedung. Dan saya terlalu ngeri untuk mengetahui ini, bahwa bagusnya tidaknya penghuni sebuah kota, tergantung bagaimana gedung-gedungnya diciptakan: sebuah gedung akan menularkan aura positif atau negatif.







Planet Berlian Ditemui

( PLANET berlian seperti yang digambarkan oleh penyelidik Pusat Astrofizik Institut Harvard Smithsonian di Amerika Syarikat (AS) )

Ia mungkin planet idaman wanita. Sekumpulan ahli astronomi percaya mereka telah menemui sebuah planet yang terbentuk sepenuhnya daripada berlian.
Saintis-saintis antarabangsa di Universiti Manchester di sini menyatakan, mereka menemui planet berlian itu selepas mengesan sebutir bintang mega di galaksi Bima Sakti yang telah hancur dinamakan pulsar.
Teras bintang itu, kata mereka, bertukar menjadi kristal berlian sebesar sebuah planet.
Para penyelidik berkenaan membuat penemuan itu dengan menggunakan sebuah teleskop gergasi di sebuah balai cerap di Cheshire, England.
Planet berlian itu memiliki diameter 64,000 kilometer atau lima kali ganda lebih besar daripada Bumi. 

Bangunan tergantung saingi Taj Mahal

( STRUKTUR mirip stesen angkasa lepas ini memiliki 80 unit rumah kediaman )

CALCUTTA, India – Sebuah struktur menyerupai stesen angkasa lepas lengkap dengan taman di atas bumbungnya merupakan antara lebih 12 rekaan unik yang tersenarai dalam pertandingan Festival Arkitek Dunia di bandar raya Barcelona, Sepanyol pada tahun depan.
Sekali pandang, struktur futuristik itu kelihatan tergantung di udara pada ketinggian 100 meter dari tanah.
Diberi nama Atmosphere, ia sebenarnya menyambungkan dua bangunan pencakar langit. Reka bentuk struktur berkenaan yang kelihatan lebih hebat daripada bangunan Taj Mahal dihasilkan beberapa arkitek di sini.
Idea untuk menghasilkan binaan tersebut diinspirasikan daripada kehidupan tradisional masyarakat Hindu.
Atmosphere memiliki 80 unit rumah yang sesuai diduduki oleh pasangan berkeluarga.
Antara penyertaan lain yang turut menarik perhatian sempena pertandingan berprestij itu termasuk bangunan reben coklat dan bangunan kulit kerang.

Lelaki Bermata Kamera


TORONTO - Mata bercahaya merah seperti watak Terminator kini bukan lagi hanya boleh ditemui di dalam filem Hollywood apabila seorang pembuat filem dokumentari menukar mata palsunya kepada kamera video kecil. 

Rob Spence dari Toronto, Kanada mampu merakam apa yang dilihat melalui mata kanannya melalui peranti mini berukuran sembilan milimeter dilengkapi kamera video, pemancar tanpa wayar dan bateri yang dimasukkan ke dalam soket mata. 

Alat itu tidak disambungkan kepada otak Spence dan juga tidak mengembalikan penglihatannya yang hilang akibat kemalangan semasa kecil tetapi mampu menghantar video masa sebenar kepada komputer bimbit. 

Penghasilan peranti unik itu sebelum ini mendapat perhatian dunia apabila ia dinamakan oleh majalah Time sebagai antara 50 ciptaan terbaik di dunia pada 2009.