Office Utama

Saturday, August 20, 2011

Kanta sentuh gaya 3D


HARI ini kebanyakan pengguna Malaysia yang bercermin mata mulai sedar mengenai kebaikan memakai kanta sentuh. Ini kerana pemakaian kanta sentuh dianggap sebagai satu bentuk kebebasan dan lebih berkuasa kerana membolehkan seseorang itu bebas melakukan sebarang aktiviti dengan lebih baik tanpa sebarang halangan.
Malah, satu kajian yang dijalankan sebuah syarikat pengeluar kanta sentuh baru-baru ini menunjukkan enam daripada 10 pemakai cermin mata kini mempertimbangkan untuk menggunakan kanta sentuh. 
Bagaimanapun, berdasarkan kajian yang sama, mereka yang memakai cermin mata sepenuhnya adalah kumpulan teramai iaitu 57 peratus, 38 peratus menggunakan kedua-duanya iaitu cermin mata dan kanta sentuh dan hanya lima peratus menggunakan kanta sentuh. 

Kajian juga menunjukkan perkara membimbangkan bagi mereka yang langsung tidak menggunakan kanta sentuh adalah kerana takut dan tidak selesa.


Memenuhi kehendak ramai yang inginkan kanta sentuh lebih lembut dan nipis sehingga tidak terasa berada di dalam mata, Acuvue melancarkan kanta sentuh dua minggu sekali iaitu Acuvue Advance Plus dengan Hydraclear. Ia memberikan keselesaan mata yang optimum terutama bagi mereka yang baru kali pertama menggunakannya.


Menurut Pengurus Besar Johnson & Johnson Vision Care Asia Tenggara, Stanford Guo, pengguna di rantau ini mulai sedar kebaikan menggunakan kanta sentuh dan sebahagian besarnya mempertimbangkan untuk menggunakannya. 

“Dengan perkembangan teknologi dan permintaan pengguna, kanta sentuh yang mula diperkenalkan Leonardo Da Vinci pada 1508 melalui pelbagai evolusi. Daripada kanta berkaca keras dan boleh dipakai beberapa jam saja, ia berubah kepada kanta lembut, licin, selesa dan boleh dipakai sepanjang hari,” katanya. 

Kanta sentuh dua minggu berkenaan direka khusus untuk mengatasi kegusaran bagi pengguna kali pertama. Kanta ini mempunyai ciri 3D selesa yang mengoptimumkan keselesaan dalam tiga dimensi bagi pengguna baru pada hari pertama hingga 14 dan sepanjang hari. 

Selain 3D selesa, kanta sentuh ini membolehkan mata bernafas dan memberi perlindungan ultraungu (UV) serta-merta. Ia diperbuat daripada hydrogel silikon yang telap oksigen dan membolehkan 96 peratus oksigen sampai ke permukaan mata. 

Memandangkan dedahan jangka panjang terhadap sinar UV yang menjadi faktor kepada risiko katarak, kanta sentuh itu mempunyai perlindungan UV paling tinggi iaitu menghalang sekurang-kurangnya 90 peratus sinaran UVA dan 99 peratus sinaran UVB untuk melindungi pancaran berbahaya ke kornea mata. 

Hadir dalam warna biru jelas, ia mempunyai tanda dalam dan luar supaya pengguna mudah melihat di dalam tempat simpanan kanta dan memasukkan ke dalam mata dengan betul setiap kali meng�gunakannya. 

Kanta sentuh itu kini boleh didapati hanya menerusi preskripsi di semua kedai optikal seluruh Malaysia. Setiap pek tiga atau enam pasang kanta sentuh dijual pada harga RM69.


No comments:

Post a Comment