Office Utama

Saturday, August 6, 2011

UNDIAN PIALA MALAYSIA 2011

Juara Liga Super, Kelantan diundi dalam kumpulan C untuk saingan Piala Malaysia 2011.




Undian yang dijalankan FAM petang tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan Kelantan yang juga juara bertahan Piala Malaysia menerima undian pertama diletakkan dalam kumpulan C bersama dengan Johor FC, Felda United dan Sarawak.

Sementara itu, kumpulan A pula mempertaruhkan empat pasukan negeri beraksi sesama mereka merebut dua tempat ke suka khir iaitu Kedah, Perak, Sabah dan Johor.

Untuk kumpulan B, Terengganu selaku juara Piala FA menerima undian sukar apabila diletakkan bersama dengan juara Liga Perdana, PKNS Selangor, Negeri Sembilan dan Sime Darby FC.

Dalam kumpulan D, Selangor pula bakal menerima saingan sengit dari T-Team dan Kuala Lumpur manakala PDRM menjadi underdog dalam kumpulan ini.

Credit To RN.

No comments:

Post a Comment