Office Utama

Saturday, July 30, 2011

Asteroid Trojan kongsi orbit bumi


PARIS - Bumi tidak mengelilingi matahari sendiri kerana sebuah asteroid kecil digelar Trojan turut berada di dalam orbit yang sama, menurut jurnal kajian alam, Khamis lalu. 

Asteroid sangat kecil berdiameter 300 meter itu digelar Trojan kerana kedudukannya boleh berubah sama ada berada di bahagian hadapan atau belakang bumi, namun kedua-duanya tidak akan berlanggar. 

Saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) menemui Trojan atau 2010 TK7 pada jarak 80 juta kilometer dari bumi dengan menggunakan teleskop Infra-merah (WISE). 

Profesor Martin Connors berkata, objek itu telah menarik perhatian saintis untuk melakukan kajian kerana pergerakan luar biasanya di dalam orbit bumi. 

Ia dipercayai akan berada pada kedudukan stabil secara berterusan sekurang-kurangnya selama seribu tahun dan tidak akan menghampiri bumi pada jarak lebih 24 juta kilometer untuk tempoh 100 tahun lagi.

No comments:

Post a Comment